Social Icons

Pages

Senin, 23 Desember 2013

Malaysia Rakan Kongsi Penting Asia Tenggara


KUALA LUMPUR – Lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel selama tiga hari ke Malaysia mencerminkan negara ini sebagai rakan kongsi AS yang penting di Asia Tenggara.

Kedutaan AS di Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, lawatan itu juga menunjukkan usaha AS untuk meneroka langkah bagi mengembangkan perkongsian antara negara itu dengan Malaysia.

“Lawatan ini mencerminkan kepentingan yang AS letakkan ke atas hubungan dengan Malaysia sebagai rakan kongsi yang penting di Asia Tenggara,” kata kenyataan itu hari ini.

Hagel melawat Malaysia bermula 24 Ogos lalu dan mengadakan kunjungan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau diiringi Ketua Staf Mark Lippert dan Kuasa Usaha Kedutaan AS, Lee McClenney meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama Najib.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar