Minggu, 16 Maret 2014
IGP Pelawa Surendran “Banyak Bunyi” Sertai Ops Polis
KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya malam tadi telah mempelawa Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai sendiri operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penjenayah bersenjata.
Bagi Surendran, jika Khalid serius dalam pelawaannya, beliau sudi menerimanya.
Khalid kemudiannya melalui tweetnya meminta Surendran menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah apabila telah bersedia menyertai operasi bagi menempah baju kalis peluru mengikut saiz badannya.
“YB, sila hubungi Pengarah CID untuk saiz baju kalis peluru dan juga menandatangani perjanjian idemniti,” kata Khalid dalam tweetnya.
Khalid berkata Surendran perlu menandatangani perjanjian indemniti untuk tidak menyalahkan kerajaan dan PDRM jika terjadi sesuatu kepada dirinya dalam operasi berkenaan.
“Perjanjian itu membolehkan YB merasai sendiri pengalaman menyertai operasi PDRM dalam menangani penjenayah berisiko tinggi,” kata Khalid.
Menurut Khalid, Surendran juga boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi dalam memastikan keadaan negara ini kekal aman dan stabil.
Sama-sama kita tunggu sama ada Surendran betul-betul berani dan sanggup merasai sendiri pengalaman menyertai pasukan PDRM dalam operasi berdepan penjenayah bersenjata api.
Surendran sebelum ini dilihat agak lantang mempersoalkan pelbagai tindakan polis terutamanya dalam kes polis menembak mati penjenayah yang disifatkan tidak menjaga kepentingan hak asasi manusia.
Kalau kita lihat, Naib Presiden PKR Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu yang menerima pelawaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau menjawat portfolio Menteri Pertahanan untuk merasai pengalaman sendiri menaiki kapal selam KD Tun Razak.
(Apa macam macha… ada berani ka? Penjenayah punya peluru masuk kapla sendiri tanggung ok…)
Pada masa itu, pakatan pembangkang membuat dakwaan bahawa kapal selam kelas Scorpene yang dibeli dari Perancis itu rosak dan tidak boleh menyelam. – mynewshub.my
Oleh : KUMBANG WIRA

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar