Jumat, 21 Februari 2014
Tony Abbott Angkat Sumpah Jawatan PM
CANBERRA – Pemimpin konservatif, Tony Abbott mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia yang baharu hari ini dan secara rasmi menamatkan tempoh enam tahun pentadbiran parti Buruh sebelum ini.
Pemimpin berusia 55 tahun yang mengetuai gabungan antara Parti Liberal dan Parti Nasional mengangkat sumpah di Government House di sini disaksikan oleh Gabenor Jeneral Quentin Bryce.
Abbott dipilih pada 7 September lalu berikrar memansuhkan cukai dan menghentikan bot pencari suaka politik.
“Hari ini bukan sahaja hari majlis angkat sumpah, ia hari untuk bertindak. Rakyat negara ini berharap kita terus mengotakan janji-janji dan ia bakal dilaksanakan terus oleh pentadbiran baharu ini,” kata Abbott dalam satu kenyataan. – AFP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar